The Malaysian Entertainment Industry
beberapa minggu yang lalu, melodi telah memaparkan isu tentang lagu tempatan yang kurang mendapat sambutan berbanding dengan lagu negara lain, khususnya lagu dari negara jiran kita. di mana-mana pun kita kedengaran lagu indonesia didendangkan. ternyata lagu asing ini menjadi semakin popular di negara malaysia dan rakyatnya sendiri lebih menggemari lagu tersebut berbanding dengan lagu gubahan tanah air. setiap persembahan yang dibuat oleh artis tempatan pasti akan membawa sekurang-kurangnya satu lagu artis luar negara. jika tidak, penonton akan mengatakan persembahannya menjadi hambar dan tidak asyik. pihak yang berkaitan telahpun menyedari bahawa hal ini sudah berada dalam tahap yang kritikal dan perlu ditangani supaya lagu tempatan tidak ditelan oleh lagu asing. bukan sahaja lagu tetapi seluruh industri hiburan malaysia harus diberi perhatian seperti drama bersiri dan juga tatabahasa bahasa melayu. persoalannya sekarang mengapa kejadian ini boleh berlaku? apa kurangnya lagu artis tanah air dibandingkan dengan lagu jiran? siapakah yang patut dipersalahkan - artis, pihak media atau rakyat malaysia tersendiri?
harus saya perkatakan terlebih dahulu bahawa tiada bahagian daripada kandungan ulasan ini ditujukan kepada mana-mana pihak yang berkaitan. ulasan ini adalah semata-mata untuk perbincangan, menjadi satu topik untuk mencabar minda masyarakat yang peka terhadap industri muzik. semua isi kandungan terhadap isu ini adalah hasil daripada pemikiran saya sebagai satu insan yang menyaksikan peredaran hiburan negara-negara tersebut. diharapkan agar semua pihak menghormati pendapat masing-masing dan tidak mengambil kata-kata ulasan ini dalam hati. minta maaf terlebih dahulu jika terdapat kata-kata yang telah menyinggung perasaan.
pada pendapat saya, cakap tentang lagu terlebih dahulu, artis-artis tempatan tidak patut dipersalahkan. bukan saja artis malah para komposer juga. bukan salah artis yang lagu mereka tidak lebih popular berbanding lagu lain. bukan salah mereka yang mereka perlu meminjam lagu orang lain dalam persembahan mereka. mereka hanya mengikuti arahan dan tak lain tak bukan, pilihan peminat. kalau tak tunaikan permintaan peminat, habis peminat mereka melarikan diri. mana artis yang tak mau menyanyikan lagu sendiri? mereka juga pasti susah hati tak dapat mengembangkan populariti lagu mereka. sebenarnya, kasihan juga kepada artis dan komposer tempatan. lagu mereka kurang diminati berbanding lagu indo. mereka telah mencurahkan usaha mereka dalam industri muzik tanah air. tapi, hasil idea mereka kurang mendapat sambutan. bertungkus lumus mencipta dan menyanyikan lagu tapi disia-siakan.
rakyat malaysia sendiri menyukai lagu bahasa lain dan tiada siapa yang dapat mengubah hakikat ini. tapi kita tidak boleh menuding jari sepenuhnya kepada masyarakat sendiri. mereka menyukai lagu tersebut setelah diberi pendedahan dengannya. bukankah ini betul? tak kenal maka tak cinta. pihak media pula, harus saya maklumkan, PADA PENDAPAT SAYA, yang menjadi pengantara, pendorong kepada semua orang untuk menggilai lagu asing. mana tak bukan, di mana-mana siaran pun ada saja lagu indonesia diperdengarkan, sinetron indonesia ditayangkan. kadang-kala terlintas juga dalam fikiran saya mana pergi semuanya drama bersiri Malaysia? mana perginya filem tempatan yang hebat-hebat belaka? kalau filem zaman dahulu, nama p ramlee dan saloma tidah menjadi asing lagi tetapi sekarang? yang buat saya betul betul menggaru kepala, kalau ada drama bersiri tempatan pun, mengapa harus menggunakan lagu Indonesia sebagai lagu temanya? tak perlulah saya bagi contoh drama apa atau lagu apa, sudah jelas dulu di slot samarinda. tak ada ke lagu tempatan yang boleh digunakan untuk lagu tema drama tempatan? bukankah tindakan menggunakan lagu asing sebagai lagu tema hanya menolong mempopularkan lagunya dan menyebabkannya menambat di hati masyarakat? iklan-iklan bulanan stesen televisyen juga menggunakan lagu asing, yang ini terjelas ditayangkan untuk bulan april ini.
adakah lagu tempatan tidak sedap untuk didengar dan tidak berkualiti? sering kali bagi peserta yang menghadiri pelbagai pertandingan menyanyi juga mendendangkan lagu asing. jelas sekali lagu tempatan kurang diminati. kenapa tidak menyanyikan lagu terbitan tanah air sendiri? apakah kurang kelasnya atau kurang menyerlah jika mendendangkan lagu tempatan? seperti yang didebatkan dalam debat akademi fantasia pada hari khamis yang lepas tentang lagu bahasa asing, lagu berkualiti patut dijadikan sebagai contoh lagu untuk diajar di institusi atau di akademi kerana dengan lagu berkualiti ini lah dapat kita pelajari banyak benda. kenyataan ini memang betul sebab mereka juga ingin menolong tanah air melahirkan generasi muda yang berkaliber. tapi tak ada ke lagu tempatan yang setaraf kualiti lagu indo yang sangat popular? semua orang tahu tentang kegemilangan lagu para artis tempatan seperti siti nurhaliza, sudirman, m nasir, aishah dan banyak lagi dan juga para komposer tempatan yang hebat seperti ajai, hattan, loloq dan sebagainya. kenapa harus meminjam lagu negara lain sedangkan lagu sendiri yang berkualiti yang melimpah jumlahnya tidak digunakan sebagai kajian? atau haruskah kita tabik kepada kenyataan bahawa lagu tempatan zaman sekarang kurang berkualiti berbanding dengan lagu zaman dahulu?
memang rakyat malaysia dan indonesia adalah dari rumpun yang sama, jadi apa salahnya saling menggunakan lagu masing-masing. memang betul dulu, rakyat malaysia dididik oleh pengajar seberang. tapi, hakikinya, setiap negara haruslah ada identitinya sendiri. oleh itu, semua pihak haruslah memainkan tanggungjawab masing-masing. memang tak salah bagi pihak media untuk memperdengarkan lagu negara lain kerana memang tugas mereka sebagai alat komunikasi sedunia dan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dengan negara-negara lain dengan memaparkan budaya mereka. kesemua ini boleh berlaku tetapi harus ada batasnya. pihak kerajaan juga seharusnya mencampur tangan dalam hal ini sebelum perkara ini tidak dapat dipatah balik lagi. finas harus bertanggungjawab untuk pengawalan penggunaan lagu asing dalam drama tempatan dan juga kuota penerbitan drama bersiri tempatan. pihak berkaitan juga harus mengulas tentang tayangan sinetron indonesia yang semakin hari semakin banyak memenuhi slot televisyen. tidak dapat dinafikan juga salah satu sebab industri hiburan malaysia tidak semekar negara lain adalah disebabkan oleh kurangnya modal. jadi, tahu-tahu sajalah bagi pihak yang berkenaan untuk memperuntukkan sejumlah wang bagi mengembangkan bidang tersebut. mungkin ada pihak akan membantah, buat apa memberi badjet yang tinggi bagi bidang yang mungkin tidak akan memberi pulangan yang tinggi. tapi apa salahnya mengambil risiko ini untuk masa hadapan negara sendiri? keadaan sekarang mungkin agak terlambat untuk mengubah sesuatu tapi yang hadapan, apa pun boleh berlaku.
penjenamaan semula akademi seni kebangsaan kepada akademi seni, budaya dan warisan kebangsaan dilihat sebagai usaha kerajaan untuk mengekalkan warisan, tradisi dan identiti negara malaysia dengan memberi muka yang baru. syabas kepada pelancaran kampus baru aswara yang berlangsung minggu lalu. harap-harap institusi ini dapat melahirkan generasi penghibur yang berkaliber, versatile, yang dapat mengharumkan nama negara dengan membawa industri hiburan malaysia ke tahap yang baru. masyarakat pula harus memberi sokongan terhadap segala usaha para pengiat hiburan tempatan. jangan pula tidak mengendahkan langsung dengan karya tempatan. ahli-ahli seni tempatan juga harus bersemangat teguh dan tabah menghadapi cabaran dalam dunia yang kejam ini. segala kritikan pedas dijadikan sebagai nasihat dan pengajar bagi memperbaiki semua kelemahan. para pelakon tempatan telah berjaya menempa nama di persada dunia seperti maya karin, tiara jacquelina dan fasha sanda, begitu juga filem terbitan tempatan puteri gunung ledang dan sepet. saya berharap industri hiburan malaysia, dalam bidang perfileman dan muzik, tidak akan hilang begitu sahaja dalam peredaran masa kerana saya percaya masih terdapat keistimewaan dan keunggulannya yang belum terserlah. pertahankanlah segala seni, warisan, budaya dan identiti dalam segala bidang sebelum terlambat.

2 Comments:
Malaysia pernah punya seniman Besar yg sampai masa kini belum tergantikan. ia bernama P.Ramle. di Indonesia dahulu..., ia pun terkenal dengan beberapa lakonnya dalam Wayang2/film yg tersiar di Indonesia. Ada lagunya yang sangat populer.., bertajuk Yale2. Tapi semasa itu pula lagu2 dari Indonesia ada juga yg terkenal di malaysia. sementara dari Malaysia tdk terdengar di Indonesia. sampai masa tahun 80an ato 90 an.., ada terdengar kumpulan Search dan beberapa lagi dari malay yg terdengar di Indonesia. walau sebenarnya muzik mereka itu adalah sma seperti Muzik Indonesia tahun 70an. tapi tetap mereka cukup terkenal di Indonesia. semasa sekarang ini.., kumpulan2 dan lagu2 indonesia memang sangat banyak di malaysia. janganlah di halangi... itu tidak baik. muzik adalah universal.. rakyat indonesia pasti akan suka lagu malaysia kalau memang bagus. Lagu dari Cina., Korea., Barat., India.., Thailand dan Philipina pun disukai. karena bagus. jadi pemuzik malaysia harus kreatif dan mau berusaha keras.., bersaing sihat. Malaysia jangan lagi utamakan Amy.., hattan.., loloq ato bahkan M. Nasir sekalipun. era mereka sudah lewat. sudah tamat. serah kan Muzik malaysia pada Spderman., flap pop., sofaz.., annuar zein dan lain sebagainya... malaysia pasti Bisa...!
apa yang saya cari, terima kasih
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home